Majlis sumbangan Aidilfitri & Anugerah Sri Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Pada 11/9/09, searmai 8 orang ahli perkim telah pergi ke program seperti yang telah ditulis di 'title'.Program itu diadakn di Hotel Singgahsana Petaling jaya, Selangor. Anjuran PERKIM Kebangsaan.

Program itu bermula pada 5 pm dn Tun Dr. Mahathir telah hadir pada pukul 6 ptg. Tetamu yang telah hadir majlis ini ialah wakil-wakil kelab PERKIM universiti seperti UIA PJ, UIA Nilai, UKM dan KUIS, saudara-saudara baru, wakil-wakil PERKIM Kebangaan dan ramai lgi.

Aturcara majlis itu seperti yang berikut:

5pm : Ketibaan tetamu

5.15pm : Ceramah Sempena Menyambut Syawal
oleh: Ustaz aman Razali Al-takiri

5.50pm : Ketibaan Tetamu Kehormat

6pm : Ketibaan YDP PERKIM
Y.A.bhg.Tun Dr.Mahathir MOhamed dan isteri
(mungkin ukti dayah dan ukht afifah pon YDP juga,itu la sebab mereka datang 6pm)

: Ucapan Aluan Setiausaha Agung Kehormat y.Bhg Tan Sri Dato' Dr.Hamid Othman

6.15pm : Ucapan Perasmian oleh YDP PERKIM

6.45pm : Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada Saudara Muslim & Pelajar KelabPERKIM

: penyampaian Sijil Yang Dipertua PERKIM kepada Kelab PERKIM

: Penyampaian Anugerah Sri Cemerlang YDP PERKIM
- Kategori PROjek Terbaik (KUIS)
- Kategori Kepimpinan Cemerlang (UUM)
- Kelab Perkim Harapan (UDM)
- Kelab Terbaik Keseluruhan (lupe..)

: Penyampaian Cenderamata Kepada Yang DiPertua PERKIM

7.16pm : Azan dan Majlis Berbuka Puasa

: Solat maghrib

: jamuan Makan dan Persembahan Nasyid

: Solat Isya'

: Solat tarawikh

: Moreh

: Bersurai


Pelbagai juadah makanan disediakan seperti Bakso, Nasi kerabu, Nasi campur, ABC, pelbgai jenis kuih-muih dan minuman.

Artis jemputan bagi majlis ini ialah Kumpulan RABBANI. Apabila melihat kumpulan ini membuat persembahan kami teringat pada ketua kumpulan ini iaitu Ustaz Asri..Al-FAtihah untuk beliau..sama2lah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat..ameen.

Dalam majlis ini, kami juga berkesempatan berjumpa dengan mantan pimpinan PERKIM Nilai iaitu Kak Alya. Kak Alya sentiasa bersedia utk berikan kami kata2 yang bernas. Kami juga dapat merapatkan lagi ukhuwah kami dengan wakil2 dari kelab universiti yg lain seperti UIA PJ dan UKM.

Kami juga berpeluang mendapat sijil yang diwakili oleh saudara Aiman dan disampikan oleh Tun Dr. Mahathir.

Pada pukul 9 malam kami pulang dengan masing2 perut kekenyangan.

Moga2 program ini memberi byk manfaat kpd kita agar kita dapat memajukan Kelab PERKIM UIA Nilai dengan pelbagai program yang berguna utk kita semua dan utk kebajikan umat Islam.

Sampai disini sahaja yang kami dapat coretkan. Maaf segala salah silap dlam Percakapan Dan Perbuatan. Maaf Zahir Batin..

SemogA kita semua dapat bertemu dengan LAILATULQADR..ameen..

Kepada sahabat2 seperjuangan, selamat pulang ke kampung. Semoga kita brjumpa lagi selepas ini.

Wassalam




No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmannirahim...
Praise be to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful and Peace Be upon His Final Prophet, Muhammad S.A.W, our role model one and only, Sahabah and those who believe. First and foremost, alhamdulilah, a big and great thanks to Allah, because of his blessing, PERKIM Club as one of the Islamic clubs in Centre for Foundation Studies of International Islamic University Malaysia has the aim to become one of the best platform for students to spread dakwah among the members of CFSIIUM and later become the mechanism to solve the social problems that we are facing.