10 WASIAT HASAN AL-BANNA

share brsama.. =)

1. Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta
walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara
yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara
sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah
kerana ia merupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran
kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh
dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan
dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat
demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk
memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa
perlaksanaannya.

"Hakikat Hubungan Manusia Dengan Allah"


Assalamualaikum all netters yang disayangi.......Izinkan saya membicarakan pula perihal,

"Hakikat Hubungan Manusia Dengan Allah"

Bagaimanakah sebenarnya ukur-tara ataupun hubung kait manusia dengan Allah? Benarkah hubungan manusia dengan Allah sebagai yang kena cipta (Khalaq) dengan penciptanya (Khaliq)? Kalau benar begitu apakah erti sebenarnya hubungan itu? Apakah manusia dijadikan semata-mata untuk menjalankan perintah Allah? Atau dijadikan sebagai menandakan bahawa Allah itu mempunyai kuasa sehingga Dia boleh memperalatkan hambanya (manusia)? Begitukah?

Kalau demikian jelas bahawa kedudukan manusia dalam hal ini tidak ubah seperti kedudukan seorang kuli dengan taukehnya. Sama sahaja darjatnya dengan kedudukan seorang hamba rakyat dengan rajanya. Mereka bekerja dengan niat untuk menyenangkan raja mereka.

Sekiranya kita memahami dan mengkaji kepada kebesaran Allah itu sendiri yang maha Tahu, maha Adil, maha Berkuasa dan maha Agung, buat apa dia menciptakan manusia ke alam ini. Kalau hanya setakat untuk memuji, memuja serta melaksanakan perintahNya, tidak ada faedah langsung Allah menjadikan manusia.

Bukankah Dia sudah berkuasa? Logiknya sudah tentu Dia tidak perlu kepada mana-mana pihak (hamba) lagi untuk bekerja bagiNya. Tidak ada perintah lagi yang boleh disuruhkan kepada hambanya kerana dia boleh laksanakan sendiri. Bukankah Dia maha berkuasa, bijaksana dan agung? Atau Dia melantik manusia menjadi hamba untuk menunjukkankekuasaanNya? Sebagai tanda kebesaran dan kebolehanNya menciptakan manusia? Begitukah? FirmanNya surah Az-Zariat ayat 56.......

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berbakti kepadaKu."

Rupanya Allah sengaja menjadikan (jin dan manusia) untuk menjadikan hamba kepadanya. Apakah guna dan peranan hamba di sini? Apakah Allah menjadikan jin dan manusia itu suka-suka sahaja. Atau kerana terlatah cakap dengan kata KUN....maka jadilah! Begitukah?Persoalan ini sungguh rumit dan menimbulkan tanda tanya kepada kita. Kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah Allah sengaja mewujudkan manusia sebagai simbul kekuasaanNya.


Setakat itu sajakah peranan manusia. Apabila kita menyedari bahawa Allah memang berkuasa dan tidak memerlukan kepada mana-mana kuasa, maka akan timbul pertanyaan, jadi apakah tujuan sebenarnya Tuhan menjadikan manusia? Memanglah Allah tidak mahukan kepada pujian dan sanjungan. Kerana dengan Kudrat dan Iradat yang ada padaNya, Dia boleh lakukan apa sahaja seperti mana yang ditegaskan dalam, FirmanNya surah Al-Fatir ayat 15-16.......

"Wahai manusia, sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah yang maha Kaya, tidak memerlukan apa-apa. Jika Dia mahu nescaya, Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)."

Jadi jelaslah di sini bahawa Allah juga tidak ada kerja untuk dilaksanakan oleh manusia. Untuk apa Allah menyuruh manusia bekerja untukNya lagi sedangkan semua kerja dan KehendakNya, Ia boleh laksanakan sendiri. Sebut sahaja jadi, maka akan jadilah. Allah memiliki sifat Qiamuhu Binafsihi, yang berdiri dengan dirinya sendiri. FirmanNya surah Al-Ankabut ayat 6.......

"Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."

Lagipun bukankah Allah sudah ada jin dan Malaikat untuk melaksanakan tugasnya. Jin dan para Malaikat itu pasti boleh melaksanakan kerja dan suruhanNya dengan lancar dan pantas sekali kalau dibandingkan dengan manusia.Tetapi hakikat sebenarnya bukan demikian. Allah mencipta manusia bukan untuk dijadikan hamba kepadaNya, seperti hamba rakyat terhadap raja-raja zaman dahulu. Apa lagi untuk menjadi tukang puji kepadaNya. Apabila kita mendalami serta mengetahui hakikat manusia dengan Allah dan sebaliknya, maka jelas kepada kita hubungan manusia dengan Allah bukan seperti mana yang kita fahamkan.

Untuk memudahkan kita faham, cuba kaji apakah kepentingan amal ibadat kepada manusia itu sendiri dan kepada Allah. Allah menyuruhkan manusia beribadat kepadaNya dan berbuat baik sesama manusia. Apakah kepentingan yang diperolehi oleh manusia melalui amal ibadat itu. Dan apakah pula kepentingan yang Allah memperolehi melalui amal ibadat itu.

Seandainya manusia tidak laksanakan, siapakah yang untung dan siapakah yang rugi. Adakah Allah yang rugi jika manusia tidak beribadat kepadaNya. Adakah Allah akan sakit, kalau manusia tidak beribadat kepadaNya. Tidak! Dia tidak mengalami kerugian apa-apa dan Dia tidak sakit. Sebaliknya yang rugi dan yang sakit adalah diri manusia sendiri.

Betapa tidak.....bukankah natijah amal ibadat itu untuk kebaikan diri manusia sendiri dan juga diri manusia lain. Manusia mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa, menunaikan zakat,mengerjakan haji dan sebagainya merupakan amal ibadat yang baik untuk dirinya dan juga makhluk sejenis dengannya.

Falsafah dalam konsep amal ibadat itu ialah untuk kebaikan bersama, baik untuk diri manusia sendiri, orang lain dan juga Allah. Dengan melakukan amal ibadat, jiwa kita akan tenang. Hati kita akan bening dan diri akan bersih. Kita kena ingat setelah diri kita suci dan hati kita bersih sahajalah yang memungkinkan untuk kita dapat melihat diri kita yang sebenarnya sebagaimana yang digambarkan oleh Allah dalam Hadis Qudsi.....

"Manusia itu adalah rahsia Aku dan diri Akulah yang menjadi rahsianya."

Jadi jelas amal ibadat yang dilakukan bukan untuk Allah. Allah tidak meminta dan tidak mengharapkan kebaikan itu. Kita melakukan amal ibadat adalah untuk kesejahteran diri kita sendiri (manusia). Bukan untuk kesejahteraan diri Allah. Allah tidak perlu pemberian kesejahteraan daripada kita. Dia bersifat Hayat, Alimun dan Kadirun. Dia maha Kuat dan maha Perkasa, Dia maha Agung.Maka jelas amal ibadat itu hanya untuk diri kita sendiri dan bukan untuk kebaikan Allah. Maka kita kena tolak bahawa Tuhan jadikan kitabukan untuk kesenangannya. Tidak! Sebaliknya Tuhan menjadikan adalah untuk kesenangan dan kebaikan diri kita sendiri. FirmanNya.......

"Dan Alah telah berjanji kepada orang-orang berIman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelumnya berkuasa dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhoiNya untuk mereka."


Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah itu untuk kesenangan Allah. Allah sesungguhnya tidak mengharapkan kesenangan itu. Sebaliknya hasil dari amal itu adalah untuk diri kita sendiri. jadi kalau tidak beramal ibadat (berbuat baik kepada diri kita), maka kita sendirilah yang rugi. FirmanNya......

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh."

Jadi disini timbul persoalan apakah sebenarnya hubungan kita dengan Allah? Kalau ambil ibadat itu untuk kebaikan kita sendiri, jadi apakah peranan Allah memerintahkan supaya kita lakukan amal ibadat itu? Kenapakah Allah susah-susah memerintah kita? Kenapa Dia yang pandai-pandai dan bertanggungjawab memperingatkan kita?Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia dengan Allah itu saling kait berkaitan. Perhubungan itu seolah-olah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup erat, rapat, intim dan akrab sekali. Umpama perhubungan jasad dengan roh, jika dipisahkan menyebabkan salah satunya akan pincang dan musnah, seperti lagu tanpa irama.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. jika jasad tidak ada, roh tidak akan wujud (nampak). Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak akan bergerak dan dinamakan hidup.

Kerana demikian erat, rapat, intim dan akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubung dan memerlukan di antara satu sama lain . Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya manusiadan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah. Manusia adalah maujud kepada yang wujud. Di sini menggambarkan (kewujudan) manusia adalah untuk mengisytiharkan kewujudan Allah. Dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaanNya dan juga kekuasaanNya.

Adapun kenapa Allah yang menjadi Rabbi dan manusia menjadi abdi, ialah kerana demikian perjanjian asal. Perjanjian awal/asal ini tidak boleh ditukar ganti ataupun dimansuh-mansuhkan lagi. Kerana perjanjian asal itu bersifat semulajadi (Baqa'). Sewaktu di alam Lauh Mahfuz, (alam roh) manusia sudah berjanji dengan Allah. Perjanjian itu dinamakan perjanjian di antara Roh dengan Allah. Ataupun perjanjian di antara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian Zat dengan Sifat. dalam perjanjian atau pengakuan itu, Roh telah bersedia memperakui Zat Allah sebagai Tuhan dan dia sebagai hamba. FirmanNya surah Al-A'raf ayat 172.......

"Apakah Aku ini Tuhan mu, maka jawab sekalian roh bahkan (ya) Engkau Tuhan ku."

Adapun perjanjian ini bukan bera sebelah. Keduanya mendapat keuntungan bersama. Baik roh maupun Zat. Apabila roh telah memperakui yang Zat adalah Tuhannya, maka secara automatik dia kena mengingati Zat. Di sinilah menyebabkan roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan dirinya. Iaitu diri rahsia zatulhaqqi (diri sebenar-benar diri).

Di sinilah peri pentingnya perjanjian itu. Tanpa perjanjian itu, roh tidak akan mempunyai sifat dan Zat pula tidak akan wujud dalam sebutan dan ingatan zahir. Kerana Roh itu diberikan sifat maka ia hendaklah menjadi penyebut (zikirin) kepada Zat, di mana ia yang wujud memuji yang ghaib.Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan Zat itu tidak nyata. Ia akan hilang dalam keadaan ghaib begitu sahaja. Di sinilah Allah berfirman.......

"Jika kamu ingatkan Aku, Aku akan ingatkan diri mu."

Tujuan kita diberikan sifat (dizahirkan) adalah untuk memberi tahu (makrifat) kepada diri kita sendiri tentang diriNya serta untuk mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini. Tanpa adanya Sifat diriNya ini, maka mustahil kita akan dapat berdiri seperti hari ini,makrifat dengan segala ilmunya.

Kesimpulannya tujuan kita berzikir, mengingati Allah, melakukan amal ibadat adalah untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan kepada diri kita sendiri. Kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan segala pujian itu kepada diri kita juga.FirmanNya........ "Dari Allah kau datang, kepada Allah kau dikembalikan." Wallahua'lam.......

peNgEmiS buTA dan RASULULLAH S.A.W


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,

"Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.."

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan

beliau (Abu Bakar RA) bertanya kepada anaknya itu,"Anakku,

adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? "

Aisyah RA menjawab,
"Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan

hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah Itu?,"tanya Abubakar RA.

" Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan

membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana," kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu?"
Abubakar RA menjawab,"Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,"
pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. "

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu....

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.



Aminnnnnn

Majlis sumbangan Aidilfitri & Anugerah Sri Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Pada 11/9/09, searmai 8 orang ahli perkim telah pergi ke program seperti yang telah ditulis di 'title'.Program itu diadakn di Hotel Singgahsana Petaling jaya, Selangor. Anjuran PERKIM Kebangsaan.

Program itu bermula pada 5 pm dn Tun Dr. Mahathir telah hadir pada pukul 6 ptg. Tetamu yang telah hadir majlis ini ialah wakil-wakil kelab PERKIM universiti seperti UIA PJ, UIA Nilai, UKM dan KUIS, saudara-saudara baru, wakil-wakil PERKIM Kebangaan dan ramai lgi.

Aturcara majlis itu seperti yang berikut:

5pm : Ketibaan tetamu

5.15pm : Ceramah Sempena Menyambut Syawal
oleh: Ustaz aman Razali Al-takiri

5.50pm : Ketibaan Tetamu Kehormat

6pm : Ketibaan YDP PERKIM
Y.A.bhg.Tun Dr.Mahathir MOhamed dan isteri
(mungkin ukti dayah dan ukht afifah pon YDP juga,itu la sebab mereka datang 6pm)

: Ucapan Aluan Setiausaha Agung Kehormat y.Bhg Tan Sri Dato' Dr.Hamid Othman

6.15pm : Ucapan Perasmian oleh YDP PERKIM

6.45pm : Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada Saudara Muslim & Pelajar KelabPERKIM

: penyampaian Sijil Yang Dipertua PERKIM kepada Kelab PERKIM

: Penyampaian Anugerah Sri Cemerlang YDP PERKIM
- Kategori PROjek Terbaik (KUIS)
- Kategori Kepimpinan Cemerlang (UUM)
- Kelab Perkim Harapan (UDM)
- Kelab Terbaik Keseluruhan (lupe..)

: Penyampaian Cenderamata Kepada Yang DiPertua PERKIM

7.16pm : Azan dan Majlis Berbuka Puasa

: Solat maghrib

: jamuan Makan dan Persembahan Nasyid

: Solat Isya'

: Solat tarawikh

: Moreh

: Bersurai


Pelbagai juadah makanan disediakan seperti Bakso, Nasi kerabu, Nasi campur, ABC, pelbgai jenis kuih-muih dan minuman.

Artis jemputan bagi majlis ini ialah Kumpulan RABBANI. Apabila melihat kumpulan ini membuat persembahan kami teringat pada ketua kumpulan ini iaitu Ustaz Asri..Al-FAtihah untuk beliau..sama2lah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat..ameen.

Dalam majlis ini, kami juga berkesempatan berjumpa dengan mantan pimpinan PERKIM Nilai iaitu Kak Alya. Kak Alya sentiasa bersedia utk berikan kami kata2 yang bernas. Kami juga dapat merapatkan lagi ukhuwah kami dengan wakil2 dari kelab universiti yg lain seperti UIA PJ dan UKM.

Kami juga berpeluang mendapat sijil yang diwakili oleh saudara Aiman dan disampikan oleh Tun Dr. Mahathir.

Pada pukul 9 malam kami pulang dengan masing2 perut kekenyangan.

Moga2 program ini memberi byk manfaat kpd kita agar kita dapat memajukan Kelab PERKIM UIA Nilai dengan pelbagai program yang berguna utk kita semua dan utk kebajikan umat Islam.

Sampai disini sahaja yang kami dapat coretkan. Maaf segala salah silap dlam Percakapan Dan Perbuatan. Maaf Zahir Batin..

SemogA kita semua dapat bertemu dengan LAILATULQADR..ameen..

Kepada sahabat2 seperjuangan, selamat pulang ke kampung. Semoga kita brjumpa lagi selepas ini.

Wassalam




Ahlan Ya Ramadhan..

"Terasa baru sahaja kita melawati Syawal 1429 H yang lalu. Kini Ramadhan 1430 pula yang menjelma. Begitulah hebat kepantasan putaran dunia hari ini. Usia kita menginjak dari setahun ke setahun dengan cepat. Namun apa yang telah kita lakukan sbg persediaan dan perlaksanaan utk menghadapi hari-hari mendatang dengan perancangan yang teliti? Apakah segala usaha kita rancang telah tercapai pada tahun lalu?

Kita dapat lihat pada hari ini, segala apa yg Allah telah janjikan dalam Al-Qur’an berkenaan tanda-tanda akhir zaman. Manusia sering membuat kerosakan di atas muka bumi, kejahatan mengatasi kebaikan, anak-anak muda hanyut dibuai arus dunia yang serba canggih kononnya, rosak akhlak dan sebagainya.

Kitasebagai warga PERKIM khusunya masyarakat amnya harus berusaha kea rah menentang kebatilan dan kejahilan moden ini. Setiap dari kita harus bersedia menghadapi ancaman dri pihakmusuh yang sentiasa dan tidak pernah berhenti untuk melihat kejatuhan Islam.

Akhir kalam, saya ingin mengajak saudara saudari utk mengisi bulan Ramaahan kali ini dengan lebih khusyuk dan tawadduk dengan amal ibadah kerana kita belum tentu dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang. "

Datuk Hj Hasbullah L Isa
Pen. S/U Agung Kehormat PERKIM

The Holy Month of Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..

Ramadan is meant for our moral and spiritual training and for the purification of our bodies, minds and souls. This is an annual training program for all believers. It is a special time to get closer to Allah and to seek His blessings and bounties. It is a time to learn taqwa (God-fearing), piety, self-discipline and patience. It is a time to give more charity and become more generous. It is a time to seek Allah’s forgiveness and to forgive each other. It is a time to be thankful to Allah for His gifts and bounties and especially His gift of iman.

I urge you, my brothers and sisters, do not miss any day of fasting and do not miss any moment of the blessed month of Ramadan. This is a very precious time and Allah will give us many benefits if we use it in the proper way.

Let us keep the following things in our mind when we observe this month:

1. Intention: Remind yourself again and again that you are fasting in obedience to Allah. Be sincere in your intention. You want Allah to accept your fasting. The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Whosoever fasts in Ramadan with faith and seeking Allah’s reward, all his past sins are forgiven.” (Al-Bukhari, Hadith no. 37)

2. Sunnah: Observe the Sunnah in fasting. Take the suhur meal a little before dawn and end your fast at sunset. As much as you can, try to fast as much like the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) fasted. There was no prayer better than his prayer and no fast better than his fast. Try to follow his way of fasting. That is the most acceptable way of fasting to Allah.

3. Wara` (Avoiding everything haram or makruh): Keep your body and mind very clean. Fasting is not just avoiding food and drink. Fasting is to learn how to avoid bad words and bad deeds. The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Whosoever does not leave bad words and bad actions, Allah does not care if he leaves his food and drink.” (Al-Tirmidhi 641)

4. Qur’an: Fasting and revelation are inter-connected. Prophet Musa fasted when he received the Torah. Prophet `Isa fasted when he received the Gospel. Prophet Muhammad fasted when he received the first message of the Qur’an. Let us do the same thing. You must fast and spend more time with the Qur’an. Read the Qur’an every day. Try to finish at least one time the whole Qur’an during this month by your own personal reading.

5. Prayer or Salah, Du`a' and Dhikr: Pray on time and observe all the prayers. Do not ignore the Tarawih or Ramadan night prayers. Make more extra and voluntary prayers. Do as much worship as you can. Do more dhikr (remembering Allah) and du`a' (supplication) for yourself and for others. Repent and seek forgiveness for yourself and for others as much as you can. This is the best time for devotion and seeking Allah’s forgiveness. Seek the Night of Qadr by special devotion during the last ten nights of this month.

6. Zakah, Sadaqah and Generosity: Ramadan generates the spirit of giving and sacrifice. When we deprive ourselves of food and drink we understand and realize well what it means to be hungry and thirsty. We realize the pain of those who cannot find the basic necessities of life. Be very charitable and generous. Give more to help the poor and needy. Contribute generously to useful social and community projects.

7. Family: Goodness must begin at home. Be very good to your family, immediate family and the extended family. Spend more time and quality time with your family members. Try to have suhur (pre-dawn meal) together. Break your fast together and pray together as much as you can. Do this more at this time. Ramadan should bring you closer to each other. Allah’s special mercy comes on the families that are united, harmonious and peaceful.

8. Good Conduct: Fasting should transform you and should make you a different person. Try to be extra kind and courteous during this month. Forget your quarrels and disputes. Reconcile and forgive. Do not get involved in backbiting, lying, cheating and anything that is wrong. Be very good to Muslims and to all human beings. Be good to your friends and neighbors. Let your non-Muslim neighbors and co-workers know that this is your blessed and sacred time.

9. Tafakkur (reflection): Think, reflect and plan to improve the moral and spiritual condition of your own self and your family. Think about any wrong things and sins you might be doing and decide to correct yourself. Think about any deficiencies you have in your Islamic observances. Plan to change yourself. Think what you can do for the Ummah and for humanity to make this world a better place for everyone. Think about the life after death and the Day of Judgment.

10. Be cheerful and happy: Ramadan is not a time of mourning or sadness. It is a time of thankfulness to Allah. In a Hadith it is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said, “When you fast, anoint yourself. Let not the signs of fast be seen on you.” (Al-Bukahri, Al-Adab al-Mufrad) Do not feel tired and miserable. Feel alert and relax. Take things easy. This time is for your own good. Give the greetings of Ramadan to each other and enjoy this beautiful time.

Takwim Tahunan Setiap Biro bagi Sesi 09/10

TAKWIM BIRO PERHUBUNGAN & KEBAJIKAN

1. Misi Biro:
- Mewujudkan muamalat yang baik antara pelajar PAUIAM.
- Memperkasa semangat saling bantu-membantu antara pelajar PAUIAM.
- Membentuk sifat mahmudah dan menyemai kasih sayang dalam satu usrah
- Memastikan kebajikan ahli terjaga.


2. Program yang dicadangkan:
- Program motivasi bersama pelajar sekolah.
- Program lawatan ke Hospital Seremban.
- Program lawatan ke pusat-pusat kebajikan.


TAKWIM BIRO LATIHAN & PEMBANGUNAN

1. Misi Biro:
- Memantapkan jati diri dalam kalangan ahli.
- Merapatkan ukhuwah antara kepimpinan dan ahli.
- Menjayakan semua program yang dicadangkan.

2. Program yang dicadangkan:
- Program motivasi sekolah angkat.
- Bengkel fasilitator.

TAKWIM BIRO DAKWAH & TARBIYYAH

1. Misi Biro:
- Ukhwah Fillah, Bi’ah Solehah.

2. Program yang dicadangkan:
- Iftar kubra.
- Talk BTQ.
- Minggu palestin.
- Qiyam,usrah & iftar.


TAKWIM BIRO DOKUMENTASI & PENERBITAN

1
. Misi Biro:
- Memanipulasikan komik sebagai agen dakwah
- Mendedahkan cara-cara penerbitan dan kepentingan pembacaan dalam kalangan ahli
- Mengemaskini dan mempromosikan blog sebagai medium untuk pengislahan warga kampus.


2. Program yan:g dicadangkan
- Melancarkan komik berunsurkan dakwah.
- Membuat lawatan ke pusat penerbitan.

- Mengemaskini blog.



Pesanan: Manusia hanya merancang manakala Allah SWT yang tentukan segalanya. Moga-moga misi dan program yang dicadangkan berjalan dengan lancar. Sekian terima kasih.

Bulan Syaaban

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1. Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Marilah kita berlumba-lumba mengejar pahala untuk dijadikan bekalan kita di akhirat nanti.

Annual General Meeting 09

Alhamdulillah....pada tanggal 2 Julai 2009,akhirnya Kelab Perkim,cfs IIUM Nilai telah berjaya menjalankan program pertama PERKIM 09/10 iaitu Annual General Meeting,perjumpaan bersama pelajar-pelajar baru cfs IIUM. Meeting ini telah berlangsung di dewan masjid Bandar Baru Nilai pada jam 8.30 mlm sehingga 11.00 mlm.



Program bermula dengan kedatangan pelajar pada jam 8.20 mlm dan kemudian dengan kedatangan advisor kami yang tersayang iaitu,Ustaz Rozuki b.Ariffin..Kemudian majlis bermula dengan bacaan Al-Quran & seterusnya ucapan oleh Presiden kelab Perkim, saudara Nuroll Aiman. Beliau menjelaskan kpd pelajar-pelajar mengenai pengenalan kelab Perkim. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh advisor, Ustaz Rozuki.





majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara mohamad faisal sakdi diikuti dengan alunan ayat suci al-quran oleh saudara wan muhammad yusuf b. abd halim.
kemudian majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh presiden kelab perkim nilai saudara nuroll aiman b. nuroll azmi. ucapan pembukaan dan perasmian dirasmikan oleh penasihat kelab perkim ustaz rozuki b. ariffin.


majlis ini diserikan lagi dengan tayangan video aktiviti kelab perkim sepanjang sem 2008/2009... untuk menyerikan lagi majlis ini dan memberi hiburan kepada peserta majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid terkenal di CFS IIUM nilai, kumpulan Soutul Faizin.

majlis ini berakhir dengan cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah dan terima kasih diucapkan kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada kelab perkim nilai.

majlis bersurai pada pukul 10.50pm dan kudapan disediakan kepada VIP dan peserta.majlis diakhiri dengan post-mortem dan selesai pada pukul 12.00am.
majlis ini telah berjaya dengan kehadiran peserta seramai 300 orang...
sekian....

Apa itu IKHTILAT??



Ikhtilat bermaksud pergaulann dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur.

Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua
orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan,
pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai
khalwat.

Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.
Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.

Dalil-Dalil Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun
pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana
dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan.

Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan
berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum
solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.

Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan.

Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di Malaysia, meskipun hukum asalnya
adalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini [rujuk perbincangan tentang hukum asal pergaulan],
namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran
tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia.

Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:

- Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja.
malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki.

- persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar.
Di universiti, keadaan sama berlaku.

Pengecualian Bagi Hukum Asal
Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau
menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain.
Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

- Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain
transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

- Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

- Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya
melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan
perempuan secara total amat terhad.
- Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini
kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara
seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

- Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat

Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan
yang mendesak.
Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau
keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempattempat
awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlismajlis

Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar.
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan
pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang
mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi
antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini
jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.




Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
- Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.

- Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.

- Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah
seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.

- Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.

- Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

Adakah Jubah Itu Wajib Bagi Muslimah??

JUBAH ITU WAJIB BG MUSLIMAH


Pakaian wanita dalam kehidupan umum, seperti di jalanan umum, ketika urusan jual beli dan sebagainya, Allah s.w.t telah mewajibkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian luar (iaitu pakaian yang dikenakan di luar pakaian sehari-hari) jika keluar (rumah) dan berada dalam kehidupan umum. Mereka wajib mengenakan pakaian terusan iaitu jilbab (pakaian yang terus bersambung, tidak terpotong-potong dari pakaian atas kebahagian bawah tubuh serupa jubah dan pakaian yang sepertinya.

Firman Allah s.w.t:
"Hendaklah menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya." Surah An-Nur;31)

"Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mu'min, hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka." Surah Al-Ahzab;59)

Ummu 'Athiyah pernah bertutur demikian: Rasulullah saw memerintahkan kami- baik ia budak wanita,wanita haid ataupun wanita perawan agar keluar (menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, "Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab." Rasulullah pun menjawab, "Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya."

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Ia menuturkan demikian:

"Rasulullah pernah bersabda," Siapa saja yang mengangkat pakaiannya kerana sombong, di hari Qiyamat nanti Allah swt pasti tidak akan memperdulikannya." Ummu Salamah lalu bertanya, "Jika demikian, lantas bagaimana dengan yang dilakukan para wanita atas bahagian bawah pakaian mereka?" Nabi menjawab, "hendaklah mereka mengeluarkannya sejengkal." Ummu Salamah kembali bertanya, "Kalau begitu, kedua kaki mereka masih tampak? "Nabi saw menjawab, "Jika demikian, hendaklah mereka mengulurkannya lagi sehasta, dan tidak menambahkannya."

Dalil-dalil di atas, menjelaskan adanya suatu petunjuk mengenai pakaian wanita dalam kehidupan umum. Allah swt telah menyebutkan sifat pakaian ini dalam dua ayat di atas tadi dengan perincian yang lengkap dan menyeluruh. Mengenai pakaian wanita bahagian atas, Allah swt berfirman:

"Hendaklah mereka menutup kain tudung(tudung) ke dada mereka" Surah An-Nur;31

Maksudnya hendaklah para wanita menghamparkan kain penutup kepalanya di atas leher dan dadanya agar lipatan pakaian dalam dan pakaian luar pada leher dan dadanya tersembunyi. Sementara itu, mengenai pakaian wanita bahagian bawah, Allah swt berfirman:

"Hendaklah mereka mengulurkan jilbab atas diri mereka" Surah Al-Ahzab;59

Maksudnya, hendaklah para wanita mengulurkan pakaian yg dikenakan pada bahagian luar (jilbab) pakaian sehariannya (contoh pakaian harian iaitu baju kurung, T-shirt, seluar panjang dan sebagainya) jika mereka hendak keluar rumah. Tentang cara mengenakan pakaian luar (jilbab) tersebut, Allah swt berfirman:

"Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak pada dirinya." Surah An-Nur;31

Maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat perhiasan dan anggota tubuh mereka seperti kedua-dua telinga, kedua-dua betis kaki, kedua-dua lengan, ataupun selain itukecuali apa yg biasa tampak pada diri wanita adalah wajah dan kedua tapak tangan.

Dalam gambaran yang terperinci di atas maka jelaslah bagaimana pakaian wanita dalam kehidupan umum dan apa sahaja kewajipan mereka berkaitan dengan pakaian tersebut.

Hadis yang dituturkan oleh Ummu 'Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajipan wanita untuk mengenakan pakaian luar(jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu Ummu 'Athiyah berkata kepada Rasulullah," Salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab. "Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yg dpt dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yg telah disyariatkan. Ini menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bg kaum wanita yg ingin keluar rumah adalah
WAJIB!.

Hadith yg ke2 pula menjelaskan bhw jilbab mestilah diulurkan ke bawah sampai menutupi kedua kakiny. Dalam hal ini yang penting menutupi kedua kaki dengan mengulurkan jilbab sampai ke bawah bukan hanya menutup warna kakinya dengan stokin atau kasut semata-mata. Meskipun telah menutup aurat tetapi tidak dianggap sempurna jika tidak mengulurkan jilbab sampai ke bawah.

Dengan yg demikian, jelaslah bahawa wanita wajib hendaklah mengenakan jilbab atau pakaian luas di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Jika ia tidak memilikinya sedangkan ia ingin keluar, hendaklah ia meminjamnnya daripada saudaranya atau sesiapa sahajayg bersedia meminjamkannya. Jika tidak ada yg meminjamkannya, ia tidak boleh keluar rumah hinggalah dia mendapat pakaian tersebut. Jika ia keluar rumah tanpa mengenakan jilbab hingga ke bawah, beerti ia tetap dipandang berdosa, walaupun pakaian sehariannya telah menutupi seluruh auratnya. Sebab seorang wanita wajib mengenakan jilbab yg terdampar ke bwh hingga menutupi kedua kakinya. Menyalahi ketentuan itu dipandang berdosa disisi Allah swt.





Perkim Club Organization Sem 1 Session 09/10

PRESIDENT
NUROLL AIMAN BIN NUROLL AZMI
ECONS

V.PRESIDENT 1
NURUL SHAHADATULAINEE IBRAHIM
IRK

SECRETARY 1
SITI NADZIRAH NOORDIN
HS

TREASURER 1
S
OFFIAN BIN HASNUDDIN
IRK

HEAD COMM DNT 1
HUSNUL FIKRI BIN AHMAD
LAWS

AST.HEAD COMM DNT 1
M
UHAMMAD HAFIZ BIN ZAKARIA
ECONS

SECRETARY DNT 1
S
UMAIYAH FADHILAH BINTI JAFRI
BEN

HEAD COMM BLP
M
OHAMMAD SHAHRUL BAHRI BIN MOHD SHAH
HS

AST.HEAD COMM BLP 1
MOHAMAD FAISAL BIN SAKDI
HS

SECRETARY BLP 1
NUR SHAHIDA BINTI BESAR
BEN

HEAD COMM PNK
AHMAD FAWZI B.SUHAIMI
ECONS

AST. COMM PNK 1
NIK MOHD FAKHRIY BIN AB WAHAB
HS

AST.COMM PNK 2
MOHD DINIE SHAZWAN BIN SHUKOR
LAWS

SECRETARY PNK 1
KU KHADIJAH BINTI KU YAKUB
BAR

HEAD COMM DNP
M
UHAMMAD AZWAN BIN SHARI
BEN

AST.COMM DNP 1
WAN MUHAMMAD YUSUF BIN ABD HALIM
ECONS

SECRETARY DNP 1
N
URHIDAYAH BINTI JUMAHADI
ECONS





Program Jalinan Kasih

Program ini dijalankan pada cuti semester 2 CFSIIUM, 08/09 iaitu selama 4 hari, 3 malam di Perkampungan Orang Asli Cameron Highland. Program ini dianjur oleh Kelab PERKIM UIA dan PERKIM Pusat. Pada tahun ini merupakan kali ke4 program ini dijalankan di Kampung Rantau. Gambar-gambar sepanjang program:
























Bismillahirrahmannirahim...
Praise be to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful and Peace Be upon His Final Prophet, Muhammad S.A.W, our role model one and only, Sahabah and those who believe. First and foremost, alhamdulilah, a big and great thanks to Allah, because of his blessing, PERKIM Club as one of the Islamic clubs in Centre for Foundation Studies of International Islamic University Malaysia has the aim to become one of the best platform for students to spread dakwah among the members of CFSIIUM and later become the mechanism to solve the social problems that we are facing.