Apa itu IKHTILAT??



Ikhtilat bermaksud pergaulann dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur.

Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua
orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan,
pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai
khalwat.

Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.
Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.

Dalil-Dalil Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun
pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana
dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan.

Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan
berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum
solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.

Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan.

Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di Malaysia, meskipun hukum asalnya
adalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini [rujuk perbincangan tentang hukum asal pergaulan],
namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran
tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia.

Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:

- Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja.
malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki.

- persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar.
Di universiti, keadaan sama berlaku.

Pengecualian Bagi Hukum Asal
Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau
menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain.
Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

- Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain
transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

- Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

- Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya
melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan
perempuan secara total amat terhad.
- Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini
kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara
seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

- Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat

Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan
yang mendesak.
Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau
keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempattempat
awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlismajlis

Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar.
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan
pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang
mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi
antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini
jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.




Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
- Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.

- Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.

- Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah
seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.

- Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.

- Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

1 comment:

  1. Salam n hi.. May i copy ur writings as i want to give it to my friends..

    THANKS IN ADVANCE.. :)

    ReplyDelete

Bismillahirrahmannirahim...
Praise be to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful and Peace Be upon His Final Prophet, Muhammad S.A.W, our role model one and only, Sahabah and those who believe. First and foremost, alhamdulilah, a big and great thanks to Allah, because of his blessing, PERKIM Club as one of the Islamic clubs in Centre for Foundation Studies of International Islamic University Malaysia has the aim to become one of the best platform for students to spread dakwah among the members of CFSIIUM and later become the mechanism to solve the social problems that we are facing.