"Hakikat Hubungan Manusia Dengan Allah"


Assalamualaikum all netters yang disayangi.......Izinkan saya membicarakan pula perihal,

"Hakikat Hubungan Manusia Dengan Allah"

Bagaimanakah sebenarnya ukur-tara ataupun hubung kait manusia dengan Allah? Benarkah hubungan manusia dengan Allah sebagai yang kena cipta (Khalaq) dengan penciptanya (Khaliq)? Kalau benar begitu apakah erti sebenarnya hubungan itu? Apakah manusia dijadikan semata-mata untuk menjalankan perintah Allah? Atau dijadikan sebagai menandakan bahawa Allah itu mempunyai kuasa sehingga Dia boleh memperalatkan hambanya (manusia)? Begitukah?

Kalau demikian jelas bahawa kedudukan manusia dalam hal ini tidak ubah seperti kedudukan seorang kuli dengan taukehnya. Sama sahaja darjatnya dengan kedudukan seorang hamba rakyat dengan rajanya. Mereka bekerja dengan niat untuk menyenangkan raja mereka.

Sekiranya kita memahami dan mengkaji kepada kebesaran Allah itu sendiri yang maha Tahu, maha Adil, maha Berkuasa dan maha Agung, buat apa dia menciptakan manusia ke alam ini. Kalau hanya setakat untuk memuji, memuja serta melaksanakan perintahNya, tidak ada faedah langsung Allah menjadikan manusia.

Bukankah Dia sudah berkuasa? Logiknya sudah tentu Dia tidak perlu kepada mana-mana pihak (hamba) lagi untuk bekerja bagiNya. Tidak ada perintah lagi yang boleh disuruhkan kepada hambanya kerana dia boleh laksanakan sendiri. Bukankah Dia maha berkuasa, bijaksana dan agung? Atau Dia melantik manusia menjadi hamba untuk menunjukkankekuasaanNya? Sebagai tanda kebesaran dan kebolehanNya menciptakan manusia? Begitukah? FirmanNya surah Az-Zariat ayat 56.......

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berbakti kepadaKu."

Rupanya Allah sengaja menjadikan (jin dan manusia) untuk menjadikan hamba kepadanya. Apakah guna dan peranan hamba di sini? Apakah Allah menjadikan jin dan manusia itu suka-suka sahaja. Atau kerana terlatah cakap dengan kata KUN....maka jadilah! Begitukah?Persoalan ini sungguh rumit dan menimbulkan tanda tanya kepada kita. Kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah Allah sengaja mewujudkan manusia sebagai simbul kekuasaanNya.


Setakat itu sajakah peranan manusia. Apabila kita menyedari bahawa Allah memang berkuasa dan tidak memerlukan kepada mana-mana kuasa, maka akan timbul pertanyaan, jadi apakah tujuan sebenarnya Tuhan menjadikan manusia? Memanglah Allah tidak mahukan kepada pujian dan sanjungan. Kerana dengan Kudrat dan Iradat yang ada padaNya, Dia boleh lakukan apa sahaja seperti mana yang ditegaskan dalam, FirmanNya surah Al-Fatir ayat 15-16.......

"Wahai manusia, sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah yang maha Kaya, tidak memerlukan apa-apa. Jika Dia mahu nescaya, Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)."

Jadi jelaslah di sini bahawa Allah juga tidak ada kerja untuk dilaksanakan oleh manusia. Untuk apa Allah menyuruh manusia bekerja untukNya lagi sedangkan semua kerja dan KehendakNya, Ia boleh laksanakan sendiri. Sebut sahaja jadi, maka akan jadilah. Allah memiliki sifat Qiamuhu Binafsihi, yang berdiri dengan dirinya sendiri. FirmanNya surah Al-Ankabut ayat 6.......

"Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."

Lagipun bukankah Allah sudah ada jin dan Malaikat untuk melaksanakan tugasnya. Jin dan para Malaikat itu pasti boleh melaksanakan kerja dan suruhanNya dengan lancar dan pantas sekali kalau dibandingkan dengan manusia.Tetapi hakikat sebenarnya bukan demikian. Allah mencipta manusia bukan untuk dijadikan hamba kepadaNya, seperti hamba rakyat terhadap raja-raja zaman dahulu. Apa lagi untuk menjadi tukang puji kepadaNya. Apabila kita mendalami serta mengetahui hakikat manusia dengan Allah dan sebaliknya, maka jelas kepada kita hubungan manusia dengan Allah bukan seperti mana yang kita fahamkan.

Untuk memudahkan kita faham, cuba kaji apakah kepentingan amal ibadat kepada manusia itu sendiri dan kepada Allah. Allah menyuruhkan manusia beribadat kepadaNya dan berbuat baik sesama manusia. Apakah kepentingan yang diperolehi oleh manusia melalui amal ibadat itu. Dan apakah pula kepentingan yang Allah memperolehi melalui amal ibadat itu.

Seandainya manusia tidak laksanakan, siapakah yang untung dan siapakah yang rugi. Adakah Allah yang rugi jika manusia tidak beribadat kepadaNya. Adakah Allah akan sakit, kalau manusia tidak beribadat kepadaNya. Tidak! Dia tidak mengalami kerugian apa-apa dan Dia tidak sakit. Sebaliknya yang rugi dan yang sakit adalah diri manusia sendiri.

Betapa tidak.....bukankah natijah amal ibadat itu untuk kebaikan diri manusia sendiri dan juga diri manusia lain. Manusia mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa, menunaikan zakat,mengerjakan haji dan sebagainya merupakan amal ibadat yang baik untuk dirinya dan juga makhluk sejenis dengannya.

Falsafah dalam konsep amal ibadat itu ialah untuk kebaikan bersama, baik untuk diri manusia sendiri, orang lain dan juga Allah. Dengan melakukan amal ibadat, jiwa kita akan tenang. Hati kita akan bening dan diri akan bersih. Kita kena ingat setelah diri kita suci dan hati kita bersih sahajalah yang memungkinkan untuk kita dapat melihat diri kita yang sebenarnya sebagaimana yang digambarkan oleh Allah dalam Hadis Qudsi.....

"Manusia itu adalah rahsia Aku dan diri Akulah yang menjadi rahsianya."

Jadi jelas amal ibadat yang dilakukan bukan untuk Allah. Allah tidak meminta dan tidak mengharapkan kebaikan itu. Kita melakukan amal ibadat adalah untuk kesejahteran diri kita sendiri (manusia). Bukan untuk kesejahteraan diri Allah. Allah tidak perlu pemberian kesejahteraan daripada kita. Dia bersifat Hayat, Alimun dan Kadirun. Dia maha Kuat dan maha Perkasa, Dia maha Agung.Maka jelas amal ibadat itu hanya untuk diri kita sendiri dan bukan untuk kebaikan Allah. Maka kita kena tolak bahawa Tuhan jadikan kitabukan untuk kesenangannya. Tidak! Sebaliknya Tuhan menjadikan adalah untuk kesenangan dan kebaikan diri kita sendiri. FirmanNya.......

"Dan Alah telah berjanji kepada orang-orang berIman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelumnya berkuasa dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhoiNya untuk mereka."


Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah itu untuk kesenangan Allah. Allah sesungguhnya tidak mengharapkan kesenangan itu. Sebaliknya hasil dari amal itu adalah untuk diri kita sendiri. jadi kalau tidak beramal ibadat (berbuat baik kepada diri kita), maka kita sendirilah yang rugi. FirmanNya......

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh."

Jadi disini timbul persoalan apakah sebenarnya hubungan kita dengan Allah? Kalau ambil ibadat itu untuk kebaikan kita sendiri, jadi apakah peranan Allah memerintahkan supaya kita lakukan amal ibadat itu? Kenapakah Allah susah-susah memerintah kita? Kenapa Dia yang pandai-pandai dan bertanggungjawab memperingatkan kita?Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia dengan Allah itu saling kait berkaitan. Perhubungan itu seolah-olah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup erat, rapat, intim dan akrab sekali. Umpama perhubungan jasad dengan roh, jika dipisahkan menyebabkan salah satunya akan pincang dan musnah, seperti lagu tanpa irama.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. jika jasad tidak ada, roh tidak akan wujud (nampak). Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak akan bergerak dan dinamakan hidup.

Kerana demikian erat, rapat, intim dan akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubung dan memerlukan di antara satu sama lain . Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya manusiadan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah. Manusia adalah maujud kepada yang wujud. Di sini menggambarkan (kewujudan) manusia adalah untuk mengisytiharkan kewujudan Allah. Dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaanNya dan juga kekuasaanNya.

Adapun kenapa Allah yang menjadi Rabbi dan manusia menjadi abdi, ialah kerana demikian perjanjian asal. Perjanjian awal/asal ini tidak boleh ditukar ganti ataupun dimansuh-mansuhkan lagi. Kerana perjanjian asal itu bersifat semulajadi (Baqa'). Sewaktu di alam Lauh Mahfuz, (alam roh) manusia sudah berjanji dengan Allah. Perjanjian itu dinamakan perjanjian di antara Roh dengan Allah. Ataupun perjanjian di antara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian Zat dengan Sifat. dalam perjanjian atau pengakuan itu, Roh telah bersedia memperakui Zat Allah sebagai Tuhan dan dia sebagai hamba. FirmanNya surah Al-A'raf ayat 172.......

"Apakah Aku ini Tuhan mu, maka jawab sekalian roh bahkan (ya) Engkau Tuhan ku."

Adapun perjanjian ini bukan bera sebelah. Keduanya mendapat keuntungan bersama. Baik roh maupun Zat. Apabila roh telah memperakui yang Zat adalah Tuhannya, maka secara automatik dia kena mengingati Zat. Di sinilah menyebabkan roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan dirinya. Iaitu diri rahsia zatulhaqqi (diri sebenar-benar diri).

Di sinilah peri pentingnya perjanjian itu. Tanpa perjanjian itu, roh tidak akan mempunyai sifat dan Zat pula tidak akan wujud dalam sebutan dan ingatan zahir. Kerana Roh itu diberikan sifat maka ia hendaklah menjadi penyebut (zikirin) kepada Zat, di mana ia yang wujud memuji yang ghaib.Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan Zat itu tidak nyata. Ia akan hilang dalam keadaan ghaib begitu sahaja. Di sinilah Allah berfirman.......

"Jika kamu ingatkan Aku, Aku akan ingatkan diri mu."

Tujuan kita diberikan sifat (dizahirkan) adalah untuk memberi tahu (makrifat) kepada diri kita sendiri tentang diriNya serta untuk mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini. Tanpa adanya Sifat diriNya ini, maka mustahil kita akan dapat berdiri seperti hari ini,makrifat dengan segala ilmunya.

Kesimpulannya tujuan kita berzikir, mengingati Allah, melakukan amal ibadat adalah untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan kepada diri kita sendiri. Kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan segala pujian itu kepada diri kita juga.FirmanNya........ "Dari Allah kau datang, kepada Allah kau dikembalikan." Wallahua'lam.......

No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmannirahim...
Praise be to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful and Peace Be upon His Final Prophet, Muhammad S.A.W, our role model one and only, Sahabah and those who believe. First and foremost, alhamdulilah, a big and great thanks to Allah, because of his blessing, PERKIM Club as one of the Islamic clubs in Centre for Foundation Studies of International Islamic University Malaysia has the aim to become one of the best platform for students to spread dakwah among the members of CFSIIUM and later become the mechanism to solve the social problems that we are facing.